Refleksi Sepanjang 5 Minggu Belajar BBM321
Kami mula silibus pada minggu kedua iaitu tontonan video dari ufutre tentang pengenalan translasi:
Salah satu video yang menjadi tontonan utama ialah tentang translasi perkataan 'you' yang boleh jadi banyak cari dari pelbagai bahasa.
Pada minggu ketiga, pembentangan tersebut diadakan dan ternyata dari bahasa melayu sahaja cukup buktikan yang 'you' dapat ditranslasi dalam banyak cara.
Dari segi dialek yang berbeza, panggilan di dalam keluarga, penggunaan formal dan tidak formal.
Pada minggu ketiga juga, kami mempelajari tentang definisi proses penterjemahan yang ditafsir dengan banyak maksud oleh Darwish, Nida, Denmark dan juga gabungan Rose, Seguinot, Bell dan Sager.
Kami juga mempelajari tentang peringkat proses penterjemahan iaitu praterjemah, menterjemah dan pacaterjemah.
Pada minggu keempat, kami menghasilkan 5 soalan dari topik Analisis Teks dalam penterjemahan untuk dijadikan bahan untuk kumpulan lain menjawab, dan kami juga menjawab soalan dari kumpulan lain.\
Markah diambil bagi setiap jawapan yang betul.
Proses penterjemahan yang dipelajari boleh digunakan dalam kehidupan seharian agar terjemahan yang dilakukan adalah betul dan teratur tanpa menggunakan sebarang laman sesawang untuk terjemahan yang mungkin memberi makna yang salah.
Pengajaran yang saya dapati ialah, penterjemahan merupakan sesuatu yang tidaklah mudah namun jika dilakukan dengan cara dan proses yang betul serta memahami dengan lebih baik, ia akan menjadi lebih mudah.
Comments
Post a Comment